-->

Coretan Gadis ღ(。◕‿◕。)ღ

❤ Sopink ❤ Handbag ❤ Shoes ❤ Cardigan ❤ Gadget

Maksud Bacaan Dalam Solat :')

"Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu 
tetapi hati antara tidak dan mahu 
pantaslah Allah perlakukan kita begitu."
** Sedihkan kalau kita lakukan sesuatu tapi kesudahannya ia adalah sia-sia? Jadi, luangkan sedikit masa untuk membaca maksud bacaan dalam solat ini supaya takbir kita, rukuk kita, sujud kita tidak hanya 'bagai kambing menanduk bukit' <3

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha suci Tuhanku yang maha mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci Tuhanku yang Maha Tinggi dan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, kayakan aku, angkatlah darjatku, rezekikan aku, berilah aku hidayah, sihatkanlah aku dan maafkanlah aku.

Bacaan ketika tahiyat awal
Segala ucapan penghormatan,segala kurnia, segala ucapan pengagungan dan pujian hanyalah milik Allah.
Semua perlindungan dan pemeliharaan untukmu, wahai Nabi, begitu pula rahmat Allah dan segenap kurniaNya.
Semua perlindungan dan pemeliharaan semoga diberikan kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Tambahan untuk tahiyat akhir
Ya Allah, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya. 
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya.
Berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya.
Sebagaimana Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahteralah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang Engkau pimpin.
Berkatilah untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku dari segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan dan tidak sesiapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. 
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan taubat pada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Like Kalau Suka ! ♥

Posted by Mr.Roslee-Daughter :) at 09:05 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tips Menutup Aurat (^__*)



1. TAHU. Langkah pertama ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam berkenaan aurat dll.

2. SEDAR bahawa tunuttan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal haram adalah perkara besar.

3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat.?"

5. ASINGKAN pakaian kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi. Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendirian atau di hadapan suami.

6. MALU. Wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu, takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.

7. Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.

8. EKSKLUSIF. Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.

9. BANYAK MANFAAT. Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.


♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Like Kalau Suka ! ♥

Posted by Mr.Roslee-Daughter :) at 08:42 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BFF Forever. Lots Of Love : Yna :')

Nurul Naim
Syg sgt sama anak pakcik ramli & cik mun neh! Sahabat yg salu ada dgn aku time ssh & sng.. Yg byk bg kata2 positif & smgat.. Wlupon mulot dia agak buleh tahan laser, tp hati dia tetap baik.. Hehehe! Makaseh syg, atas semuanya.. Apa yg baik, aku amik sebagai tauladan.. Yg buruk, aku jadikan sempadan yer yg, hehe! Lebih kurg 15 taon aku knl dgn dia, aku hargai sgt persahabatan yg terjalin antara kami.. BFF selamanya.. :’)
Noor Farhanna
Dulu aku kurg rapat dgn si anna yg cantek manis neh tp skrg neh dia dah jadik slh 1 BFF aku.. Byk bnd aku kongsi dgn dia.. Yg pahit yg manis, semua campoq sekali.. Hrp hg xcemuih dgn kata2 nasihat dari aku neh nah.. Aku cuma nak tgk hg bhgia ja yg.. Xmo tgk hg serabot2.. Aku akan ada selalu utk hg yg.. BFF selamanya.. :’)
Nur Hazwani
Neh slh 1 mbe terbaik yg aku ada.. Dgn dia, aku penuh dgn kata2 smngat.. Aku selalu amik semua tuh sebagai kata2 yg positif, lahir dari seorang kwn yg baik utk kwn baik nya jgk.. Bangga ada kwn mcm dia.. Seorg kwn yg tak pernah berkira dlm apa jua.. Makaseh wunny.. BFF selamanya..  :’)
Nor Ashikin
Mbe yg aku knl dari kolah menengah. Dlm class dulu, aku dok sblah dia lah, hihi.. Dia seorg pendengar yg setia.. Apa yg aku ceta, semua dia dengaq.. Baguihhhhh, hehe! Wlupon agak kurg rapat, tp dia tetap kwn aku yg d best yg aku ada.. Bila nak buleh mkn nasik mnyk u neh yg..?? Cepat sket haaaa carik jodoh.. Ramai yg dok beratoq antaq borg tuh.. Tggu u approve jaaa, hihi! BFF selamanya syg.. :’)
Siti Wardah
Wlupon aku baru ja agak rapat dgn dia dlm 2,3 taon lps, tp aku selesa sgt bila d samping dia.. Seorg yg slow a.k.a steady tp tegas.. Hidup penoh dgn prinsip.. Byk jgk aku kongsi cerita hdp dgn dia.. Seorg kwn yg xpernah lokek bila mntk pertolongan.. Pernah duduk sebilik buat aku lebih knl siapa Ct Wardah yg sebenar.. Jeng3, hehehe! I love u baby gurl.. BFF selamanya.. :’)
Nurul Hikmah
Emma si cantek manis, slh 1 BFF dlm hdp aku.. Dgn dia, lg byk aku kongsi cerita.. Mcm2.. Dari hal tetttttttttt sampai la ke hal tetttttttttt, hihihi.. Suka bg pndgan kalo dia ada prob.. Sbb dia agak mudah terima pendapat org.. =) Seorg yg nmpk lembut tp tegas sebenaqnya.. Diam2 ubi berisi neh.. Be ware yer u olls semua, hehehe! Makaseh jgk syg atas semua pertolongan yg dah u bt sepanjang perkenalan kita.. Syg kamoo sgt hikmah! BFF selamanya.. :’)
Fariza
Kalo org xkenal dia, mmg akan kata dia mcm kerek a.k.a sombong gituh.. Tp bila dah kenal, buleh buat kwn d kala sng & ssh.. Bangga ada kwn mcm dia.. Hdp penuh dgn smgat.. Slh 1 prinsip dia yg aku igt, dia selalu ckp, org buleh, pasepa kita xbuleh..?? =) Baguihhhh! Aku suka kwn2 yg ada smgat mcm tuh.. Selalu gadoh ngn budak kecik neh.. Ada ja yg xpuas hati hehe.. Papa pon, aku syg hg terok weyh! Hg tacink dak..?? Hahaha! BFF selamanya.. :’)
Noor Shahila
Mbe rapat aku time aku di Polimas dulu.. Dgn dia pon aku byk kongsi cerita & pandangan.. Wlupon kami dah berbeza aliran skrg neh, tp kenangan2 dgn dia dulu, tetap aku ingat.. Segar lg dlm ingatan aku.. Wlupon dia tua pada aku, tp aku selesa dgn dia.. Pernah gadoh ‘terok’ dgn dia 1 ketika dulu.. Eeerrrr haha! Kenangan semua tuh kan weyh..?? =) Mbe yg sporting & buleh sembg dlm semua benda.. Aku doakan moga hg berjaya dlm apa jua bidang yg hg ceburi yg.. BFF selamanya.. :’)
Nor Shaila
Neh pon slh 1 mbe rapat time Polimas dulu.. Kak Eila ku yg tersyg! Wlupon dia tua pada aku 2,3 taon gituh, tp dia mmg kakak yg rilekkkk.. Dgn dia, aku rasa mcm ada sorg kakak.. Wlupon agak gila2 tp kdg2 dia buleh jdk seorg yg serius.. Yg plg aku suka tntg dia, dia xpernah kedekut ilmu.. Apa yg aku xphm time stady dulu, selalu aku refer dgn dia.. Sesibuk mana pon dia, dia misti layan kehendak aku.. Tachink! Huhu.. Syg kak eila sgt! BFF selamanya.. :’)
Nur Syamimi
Slh 1 BFF aku time Polimas dulu jgk.. Aku hargai punya kwn mcm dia.. Seorg yg baik sangatttttt.. Xpernah berkira apa pon dgn kwn2.. Ingat lg dulu2 time stady dgn dia, dia yg plg rajin antara kami semua.. Dlm group kami, dia lah org plg kuat.. Xdak dia, ssh ooooo.. Hehehe! Bila nak buleh mkn nasik mnyk u jgk neh yg..?? Xlama dah kottttt.. =) Aminnnn.. Doakan yg terbaik selalu utk u & alon.. BFF selamanya.. :’)
Nur Syamira
Haaaaa neh slh sorg mbe aku yg sporting abesss, hehe! Kepala gila2 mmg serah p ke dia.. Plg kecik dlm geng aku di Polimas dulu.. Eeerrr k.eila pon kecik gak kan..?? Mana 1 plg kecik neh haaaa..?? Hahah! =) Sambg dip xsama poli dgn dia.. Sama jgk dgn k.eila.. Tp wlupon xsama, ingatan xpernah lupa.. Dgn myra neh pro dlm bab2 tiru meniru.. Kan myra kan..?? Kita geng dulu kan..?? Hahaha! Ops! Over pulakkkk.. Ngeee! Biaq p lah.. Bnd dah jadik kenangan pon.. Mish u bdk tecik! BFF selamanya.. :’)
Nor Hafiza
Antara kami semua, dia lah yg kawen dulu.. Yeayyyy! Nti kami folo kot blkg taw yg! Buleh belajaq mcm2 dari u neh.. Sharing is caring kan..?? Hihihi! Agak kurg rapat jgk dia dia sebenaqnya tp tetap geng dlm 1 group.. Fiza neh dia jenis mudah.. Senang nak masuk kepala.. Jenis yg rilekkkkk.. Jarang tgk dia serabut2.. Apa rahsia xtaw cekkkk..?? My bgtaw sket my, hehehe.. Doakan moga kamoo bhgia selalu yg.. Di samping suami tercinta.. BFF selamanya.. :’)


Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.
Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.
Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.
Terima Kasih SAHABAT..  ♥

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Like Kalau Suka ! ♥

Posted by Mr.Roslee-Daughter :) at 12:47 1 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

50 Amalan Terbaik Dalam Hidup :')



1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan ? Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan ? Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) ? Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) ? Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) ? Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali ? Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) ? bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang

37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) ? Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya ? Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya ? Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya ? Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH ? Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali ? Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Like Kalau Suka ! ♥

Posted by Mr.Roslee-Daughter :) at 10:45 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Muhasabah Diri.. =,=



‎----->Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu, ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan..

----->Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur..

----->Ketika kamu dilahirkan, kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan..

---->Ketika kamu dilahirkan kedua ibubapa kamu dan sudara-mara bergembira. Ketika kamu mati, kami ditangisi kedua ibubapa kamu dan sanak-saudara..

--->Kamu dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah..

---->Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap, ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap..

---->Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi, ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup..

---->Ketika kamu dilahirkan kamu, kelahiran kamu dinanti-namtikan dan sering ditanya perkhabaran kamu, Ketika kamu mati, kamu tidak ditanya melainkan amalanmu yang soleh..




♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Like Kalau Suka ! ♥

Posted by Mr.Roslee-Daughter :) at 08:15 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Izinkan Selamanya Namamu Di Hati ツ



Telah aku terima takdir dari Yang Esa
Tertusuk sembilu pedih hati terluka
Terkubur impian kita bina bersama
Terlerai sedah ikatan cinta

Baru aku sedari siapa diri ini
Sebalik suratan cahaya cinta yang sudah
Sedalam renungan terlihat dalam diri
Hakikat cinta yang sejati

Kuturutkan cahaya dihadapan berliku
Keyakinan di dada mengiring langkahku
Jalinan bahagia iringan doa restu
Di dalam jiwa cinta yang satu

Jalanan yang berduri tetap aku gagahi
Biar gunung yang tinggi pasti kan kudaki
Detik-detik kenangan segar buat pedoman
Sepanjang jalan taman impian... ohhh

Selamat sejatera kepada dirimu
Semoga berbahagia tanpa aku
Izinkan selamanya namamu di hati
Biarkan selamanya ku begini

Sudah lumrahnya insan tak lepas kesilapan
Maafkan dosaku lupakan detik hitam
Sejarah yang berlalu jadikan perngajaran
Menuju bahagia idaman


♥♥♥ Sbb apa aku post lirik lagu neh..??
Xda sbb papa.. Neh salah 1 lagu melayu pebret aku..
Lirik dia sgt tacink & bg diri aku sendiri, ada makna aku suka dgn lagu neh.. ;)

♥ Terima Kasih Kerana Sudi Membaca Entry Yana ! Like Kalau Suka ! ♥

Posted by Mr.Roslee-Daughter :) at 08:05 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home

About Me

My photo
Mr.Roslee-Daughter :)
•I don't wish to be everything to everyone, but I would like to be something to someone•
View my complete profile



Jum add me!

Leanna Montella

Create your badge

Blog Archive

  • ▼  2012 (11)
    • ▼  March (4)
      • Maksud Bacaan Dalam Solat :')
      • Tips Menutup Aurat (^__*)
      • BFF Forever. Lots Of Love : Yna :')
      • 50 Amalan Terbaik Dalam Hidup :')
    • ►  February (7)
      • Muhasabah Diri.. =,=
      • Izinkan Selamanya Namamu Di Hati ツ

◕ Beautiful Moment Here ◕

◕ Beautiful Moment Here ◕

◕ Gadis Semasa Barcelona◕

◕ Gadis Semasa Barcelona◕
Powered by Blogger.